Assalamualaikum.
Benda typikal buat kita lupa
Hello happy family boys and girls. Okay hari ni short entri saje. Sebab aku jumpa satu segmen yang aku rasa bukan aku je patut join, tapi semua blogger juga. "Segmen Tauladan : Jom Ingat Pesan Ibu Ayah" anjuran The SyafiqMokhtar. Sebab segmen ni bertujuankan mengingati jasa dan pengorbanan ibu bapa. It's quite interesting, you know.?
Sangat menguji akal untuk orang macam aku. Sebab serius, aku tak ingat pesan pesan orang tua ku. Well, maybe sebab kebanyakkan pesan diorang adalah pesan yang typical. Dimana pesanan pesanan yang sangat biasa kita dengar. And aku ni jenis orang yang cuma ingat pesanan yang pelik pelik dan unik. Ehem. Okay let's proceed.
*****
Pesan Atuk :
"Arep belajarlah elok elok. Arep patut bersyukur dengan zaman sekarang. Semua senang. Nak belajar senang, makan senang, tackle awek main game pun senang. Tak macam zaman atuk dulu. Semua susah. Masa bawah jajahan british dulu. Arep ingat senang ke.? Susah tau kerja bawah jajahan british. Dulu gaji kalau dapat seringgit tu memang kira bersyukur dah. Sekarang ada.? Pfft. Mana ada.. nampak seposen atas lantai pun buat bod*h."
Okay. Aku memang admit, yang orang dulu kerja memang susah. Aku suka dengar atuk aku pesan benda ni. Well, nasihat ni bukan lah nasihat sembarangan. Aku tahu. Nampak macam biasa biasa je. The thing is. Setiap kali aku balik rumah atuk aku nak borak borak and bertanya khabar, mesti dia akan mula kan balik cerita dia masa bawah jajahan british dulu. -,-
Pesan Ibu :
"ARIF. Jalan pergi tinggalkan game tu. Mari sini duduk kat meja makan. NOW." (Bunyi klak, kpiung, tang dan krak menyusuli selepas 5 minit)
Erk. Yang ni aku tak suka nak cerita. Yes memang aku tak kan cerita. Okay fine. Aku ceritakan. Korang ni gedik ah. Ehem. Well, biasa lah lelaki dengan game. Yes. Lelaki dengan game memang tak boleh dipisahkan. Macam perempuan dengan shopping. Once dah main game. Memang melekat.
Sampai time makan pun kadang kadang cakap "Ah. Nanti petanglah makan". Sampai dipaksa baru akan join makan. And my mum memang tahu sangat cara nak gerakkan aku pergi meja makan. Salute pada beliau. Bunyi yang menyusuli selepas 5 minit tu adalah bunyi konsol (gameboy kebanyakkannya) aku dihempas ke dinding. Aku tak ingat berapa kali aku beli konsol game yang baru setiap kali aku aku buat hal time makan.
Ehem.
Pesan ibu :
"MOHAMAD NUR ARIF. Kau jangan nak tipu mama."
Aku paling tak suka statement ni bila diungkapkan. It's kind of menakutkan bila my mum sebut nama penuh. The thing is. Dia macam boleh detect bila aku cuba nak menipu sembunyikan kebenaran. Memang banyak kali a dia detect. Yang aku takleh blah masa dia detect dua situasi ni. Satu masa sekolah dulu. Masa cinta monyet. Memang perempuan tu yang kena sound dengan my mum. HAHA. Well, perempuan tu yang gatal tergedik gedik kat aku. Tak boleh nak buat apa lah.
Yang kedua, masa aku beli phone baru. Memang aku tak bagi tahu siapa siapa. Tapi peliklah. My mum macam boleh hidu apa yang berlaku. Seriously aku tak suka yang ni. Nasib baik time tu aku dah nak balik perak. And nak taknak, my mum terpaksa akur yang aku dah beli phone baru. Kalau dia tahu awal, mesti dia suruh aku jual balik kat tuan phone tu. Oh ya. Ada tak aku mention phone yang aku beli tu second hand je.?
Pesan Ibu dan Bapa :
"Arep, kau kalau nak couple ke, bercintan cintun ke, apa ke, ayah/mama nak kau lepaskan SPM dulu. Okay.?"
Lantas aku jawab ok laju laju. I love this part. Pesan ni lah yang paling best pernah aku dengar. But still. Yang jadi mangsanya aku. asyik perempuan je tergedik kat aku. Tak bagi chance langsung aku nak pergi tackle perempuan. Bila aku curi chance nak tackle perempuan dikatanya aku gatal pulak. Pfft.
*****
Overall, menyampah macamana pun aku kat pesanan pesanan kat atas ni, still. These advices lah yang make me, who I am today. I'm proud of it. Tanpa diorang punya pesanan, tak ada lah aku rajin belajar sampai masuk universiti, tak adalah aku asyik main game sampai abaikan time makan, tak adalah aku asyik nak menipu sembunyikan kebenaran je kerjanya, and tak adalah aku jadi lelaki gatal. Yes. Aku ni setia, baik, dan pemurah tau. Ehem.
Segmen Tauladan | Jom Ingat Pesanan Ibu Ayah [Link]
Aku tag sekali :
Sekian
.