You Are Reading

Contest 3.0 - Raih RM 160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique

red gitarputeh Thursday, July 14, 2011
Assalamualaikum.



Apa apa hal, korang memang pembuli terbaik


Hello boys and girls yang suka follow menfollow. Okay malam semalam memang aku tak boleh tidur dengan elok sebab kepala aku asyik fikir penambahbaikan kat report building inspection aku. Aku tahu memang tak ada kaitan dengan korang tapi aku peduli apa. Nak bagitahu jugak. HAHA.


Ehem.


Dalam kepeningan kepala, aku pun masuk ke ruangan lepak aku untuk release tension. Bcr. Ya. Aku tahu, kat sana memang tempat aku kena buli. Sebab mulut aku badan diorang binasa. HAHA. Rasanya itu pasal lah diorang anti aku (kut). Okay abaikan. Well, dalam borak punya borak punya borak, tiba tiba ada blogger cabar aku masuk satu kontes ni. Ikut kan hati memang lah aku taknak join sebab kontesnya berunsur kritikan.



Penat aku nak mengingatkan bahawa kritikan aku adalah pedas. Lagi kau nak aku troll blog kau.? HAHA. Okay dia berani. Aku suka. Okay lets proceed. Wait. Sebelum aku proceed, aku nak kenalkan abdul farique ni adalah seorang lelaki. Bermata sepet. Badan sedap sedap(bagi perempuan). Tinggi lebih kurang 170cm. Suka makan gula gula. Dan salah seorang ahli Bcr yang aktif.



Korang patut terjah blog abdul farique kalau korang :
  • Suka info semasa
  • Suka blog macam budak budak
  • Suka follow menfollow
  • Suka blog yang ada 1 entry per page

Korang tak patut terjah blog abdul farique kalau korang :
  • Mengharapkan entri yang mengasah minda
  • Suka blog yang nampak kematangan
  • Anti -I follow you you follow I
  • Taknak sakit mata baca tulisan
  • Jenis yang suka tinggalkan jejak tanpa tunggu lama



Mulut orang lain memang tak boleh ditutup


Well apa yang aku tahu adalah abdul farique ni seorang yang baik. And aku sangat rasa bersalah kalau nak kritik blog dia. But who's in the hell cares.? HAHA. Bila dah melangkah untuk tempahan maut, korang tak boleh tarik balik. Selain dari telan dia bulat bulat dan jadikan pengalaman. Aplikasikan apa yang pahit sebagai pengajaran.

*****


Let me tell you what's wrong with your blog


Entri yang sangat mengejar trafik
Well, basically entri blog terbahagi kepada 3 jenis. Attractive information filled blog, information blog, and diary blog. Dan secara amnya, blog abdul farique ni adalah dalam golongan information blog. Actually bukan information blog ni, tak bagus. Bagus. Yes ianya bagus. Tapi Cuma dari segi trafik. Bila masuk bab reader and commentor tetap, memang fail. Sebab apa.? Sebab orang datang Cuma nak baca info.



Kalau nak dibandingkan dengan 'attractive information filled blog', jenis blog macam ni paling best di mata mana mana readers yang mengunjung. Informasi ada. Padat. Orang suka baca and orang akan ternanti nanti entrinya akan datang. Entri Jejaka Terhangat, contohnya. Ehem.




Ini header Abdil Farique [Link]


Layout yang kebudak budakan
Okay. Aku tak nak tegur pasal kecacatan header. Tak kisah lah salah letak pokok ke hape ke. Sebab untuk overall memang fail. Why and why and why and why aku cakap header dia fail.? Yes. Sebab header dia ternyata menampakan blog dia kebudak budakan. Wal hal, blog dia adalah blog informative. Informative blog should look matured. Seriously. Memang ramai yang boleh kata, "Don't judge a book by it's cover". But come on. Wake up. Welcome to reality. Memang korang pergi mana mana pun, still orang akan judge dari luaran dulu.



Sebagaimana bila orang datang blog kita, dia akan nampak header kita dulu. Korang tak percaya ke, kenapa aku cakap macam ni.? Hey. Even orang awam, kalau orang tanya pasal kenapa diorang benci smokers, automatik diorang akan jawab tanpa fikir dulu. Melayu selalunya. Memang. Melayu memang suka bagi pendapat tanpa fikir apa yang diorang cakap tu betul ke tak. Sampai tak sengaja menduakan kepercayaan yang Allah itu satu sahaja yang berkuasa tarik nyawa orang pun tak kisah.



1 entry per page
Korang tahu tak, kenapa satu entri per page ni gila lah annoying.? Sebab, orang penat penat datang klik, tup tup keluar satu entri aje. Okay fine. Korang boleh kata admin dah selesa dengan gaya blog macam tu. Readers tetap pun dah selesa macam tu (ada readers tetap ke.? Yang komen pun masih dua tiga orang lagi).  



People will left you

Tapi pernah fikir tak, macamana kalau reader baru, datang blog yang satu entri satu page ni.? Cuba bayangkan, masa readers baru tu datang, dan dan tu lah entri korang gila punya bosan. Dia masuk, tengok entri bosan, pastu blah. Rugi beb. Ilmu yang kita nak sampaikan tu tak tersampai. Cuba kalau ada dua tiga entri lain dalam satu page tu. Orang datang, baca new entry, agak agak bosan, tangan diorang pun menggatal scroll ke bawah. Sekali diorang baca, ada entri yang menarik. Diorang baca, komen, pastu follow. Tak ke rugi.? By the way, buat apa buat one entry per page.? Gila trafik.? Peh-liss.



Penggunaan warna yang menyakitkan mata
Yang ni paling aku nak bang sekali. Okay dengar semua. Kalau buat apa apa entri, tak kisah lah entri masak masak ke, entri gossip ke, entri lawak ke, entri macamana nak pikat perempuan ke, entri apa kebaikan berpoligami ke, entri isteri kena pandai bukak stoking suami ke, atau apa apa lah. Please, please, please and please, JAGA WARNA TULISAN. Kenapa aku cakap macam ni.? Okay listen. Abdul farique expecially. Dalam blog, jangan letak warna yang terlalu terang. Sakit mata baca oh.



Kalau korang perasan, dalam blog abdul farique ni, dia ada guna warna kuning. Peh. Macamana nak baca.? Terang sangat! Kalau readers datang nak baca, sekali dia kena bersusah payah menampakkan apa yang ditullis dalam tulisan kuning tu, komform dia bosan. Then dia blah. TOLONG JAGA WARNA TULISAN. Kalau boleh biar warna standard blog information macam blog Adamxis.




Masih belum mendidih,kan.?


Shoutbox yang disorokkan
Kenapa lah nak sorok shoutbox.? Kalau letak kat tepi ok lah jugak. Kenapa nak letak kat new page.? Sekali lagi, gila trafik.? Please lah jangan. Nak tahu tak, biasa nya, readers datang, or bloggers datang, first thing yang diorang cari adalah shoutbox. Nak nak blog 'I follow you you follow I' (gila followers). Then, penat diorang cari shoutbox (which is tersimpan dalam new page), tak jumpa jumpa. Then diorang blah macam tu aje.



"Ada lah. Dah terang terang aku tulis kat page tu shoutbox-klik-sini. Apa ada hal.?"

Okay fine. Aku nampak ada tulis shoutbox kat situ. Tapi tahu tak betapa beratnya blog yang banyak widget ni.? Nak pergi newpage tu betapa punya lambat. Nak nak blogger or readers yang pakai broadband yang lembab macam bebi baby siput. Tu baru broadband yang lembab. Yang suka bukak 4-5 tab skali gus macam aku ni.?


*****


Okay. Overall, yang aku cakap, semua adalah personal ideas dari aku. Lain orang lain pendapat. Seriously. Ini cuma pendapat peribadi. Jangan nak touching pulak. Malas aku nak pujuk. Lain lah kau comel macam Lisa  sugarbunny Surihani :) Ehem. Well, aku ada jugak cadangan. Sebagai information blog, why not tak letakkan widget butang 'search' .? Lagi mudah readers nak cari info info yang diorang terlepas. The 'search' button really works, tau! Kalau tak percaya, cuba main 'search' button kat blog aku.



Terima kasih sudi baca. Aku nak tag sekali Rashid Alahai~, NoonaQQ, Kiz dan Cikpayung.




.



 
Copyright 2010 Gitarputeh's review